Friday, January 3, 2020

New Year 2020: Jom Berjimba!! at Borneo Ant House [Part 1]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



Happy New year Y'all!! Alhamdulillah..sekarang ni sudah masuk tahun '2020'. Syukur dengan segala nikmat yang Allah berikan. Dan berharap agar tahun 2020 ni menjadikan kehidupan saya lebih baik dari tahun sebelumnya. Amin~

Okay, bercakap pasal new year ni, Y'all sambut new year di mana??

Alhamdulillah tahun ni sambutan new year saya relax dan santai sahaja. Tidak macam last year, agak stress sikit. Sebab kebetulan masa tu tengah attachment dengan pakar. >_<

Tahun ni pula, tiba-tiba mood 'berjimba' tu datang..jadi 'berjimbalah' kami for the whole day di  sekitar Daerah Tuaran, pada 1/1/2020..public holiday hari tu.

NB: Daerah Tuaran  merupakan salah satu daerah besar di Kota Kinabalu.
Okay, Let's gooo!!

Destinasi Pilihan mula-mula tu, hanyalah Borneo Ant House saja, tapiii ehh! lepas dari rumah semut tu , terrmenyinggah pulaa dekat Taman Buaya Tuaran. Alang-alang sudah singgah di Taman Buaya, kami pun singgahlah tengok Sunset di Pantai Shahbandar Tuaran. 

A) Borneo Ant House:

Apa yang menarik dekat Borneo Ant House ni?



Entrance Door Borneo Ant House. Sebelum tu kena beli tiket masuk dulu.
Tiket masuk  untuk orang dewasa adalah: Rm 18/pax.



1) Kamu akan rasa sendiri Pengalaman berada di bawah tanah.,Underground bersama ratusan ekor semut.


Galleri Semut yang terletak di bawah tanah.

Pameran arca semut ni agak menarik, sebab ianya terletak di bawah tanah. Kamu akan melihat sendiri ratusan ekor semut (arca semut) merayap di dinding Galleri. Semut-semut hitam yang besar ni, dalam istilah saintifik dipanggil 'Dinomyrmex gigas' ataupun 'The Giant Ant'. Semut raksasa ini merupakan salah sejenis semut terbesar di dunia.

Sumber info: Galleri Borneo Ant House.

Aiman: "Eee besar betul oo ni semut"
Azie: "Bah, hati-hati ketii~, nanti kena gigit ma".
2) Sabah dan Sarawak terkenal dengan Kepelbagaian Kaum, antaranya, Dusun, Bajau, Iban dan Bidayuh. Kalau kamu mau tau apa etnik yang ada di Sabah dan Sarawak. Marilah berkunjung ke sini.

Mini muzium yang ada di Borneo Ant House ni mempamerkan tradisi kebudayaan Masyarakat Sabah dan Sarawak. Sebagai contohnya Pakaian, lain Kaum, lain pakaian tradisi dia.


Kaum Iban ( Dayak Laut) dan Kaum Bidayuh ( Dayak Darat) merupakan dua kempulan etnik terbesar di Sarawak.



Manakala, Bajau Samah dan Dusun Lotud merupakan dua  kumpulan etnik terbesar di Sabah. 

Sumber Info: Mini Muzium Galleri Ant House.


3) Dapat mengetahui Peralatan Tradisional dan Kraftangan Masyarakat Sabah. 





Kamu akan lihat sendiri Pelbagai jenis Kraftangan Tradisional Sabah.

4)Berpeluang berkunjung ke 'Modern Tree House' dan Meniti Jambatan Gantung ( Canopy Walk)





Rumah Moden ni terletak di atas Pokok Ara. Memang keatif kan Y'all!!



Jambatan Gantung ni menghubungkan Pokok Gaharu dan Pokok Mangga. Pengalaman meniti atas jambatan Gantung ni memang best, rasa gayat tu memang ada sikitlaa, tapi bila kami berjalan atas jambatan gantung ni, dia tidak bergoyang pun. Maksudnya, memang kukuhlah binaan Jambatan gantung ni. Selain tu, dari atas kami dapat melihat kehijauan Alam semula jadi ciptaan Ilahi. Memang Lawa Y'alls!!.

NB: Pokok Gaharu dalam istilah saintifik  dikenali sabagai Aquilaria Malaccensis ataupun Sandal Wood. Dan mengambil masa selama  60 tahun untuk Tumbuh.

5)Kamu Dapat menambah ilmu pengetahuan tentang Jenis2 Species Serangga.



Antara info menarik yang saya dapat kongsikan adalah Charlie Ant. Mesti ramai yang kenal Semut Charlie yang merbahaya ni kan.


Semut Charlie ni merupakan semut bertoksin paling berbahaya di Dunia.
Cecair Hemolimf yang terdapat di dalam badan ( Kecuali sayap) semut ni mengandungi toksin.Toksin ni dikenali sebagai 'Pederin' C24 H43 O9 N. Ia mempunyai Tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. So, Hati-hati dengan semut ni ya guys.


 Pernah nampak x species kumbang macam ni?
Mesti pernah nampak kan, dulu masa kecik-kecik, selalu jumpa kumbang ni di rumah, almaklumlah rumah dekat dengan hutan.. Tapi zaman sekarang ni susah sudah mau jumpa kumbang macam ni kan.



Ada banyak lagi info menarik pasal serangga2 di Borneo Ant House ni, tapi itu sajalah yang dapat saya kongsikan.


6) Fun Fact: Borneo Ant House pernah menerima dua peniktirafan iaitu Anugerah Galeri Arca Semut bawah tanah Pertama di Malaysia dan Arca semut terbesar di Malaysia daripada Malaysia Book of Record (MBR) pada tahun 2018.



Okay guys, setakat ni itu sahaja yang saya dapat kongsikan untuk Part 1. Saya akan sambung di Jom Berjimba Part 2 pulak nanti. Happy Reading!!


4 comments:

  1. boleh consider tempat ni kalu jadi CCM ke sabah nanti..
    menarik.. tak sangka untuk semut pun ada tempat cemni..

    ReplyDelete
  2. Wau ada rumah semut di tuaran.. harap-harap ada rezeki mau bejalan-jalan sana... Charlie Ant tu mcm pernah nampak di kg. saya, tapi nda pasti.. dia kaitu?? 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, harap2 bukan charlie ant^^ ..
      ya best jalan2 sini rumah semutt

      Delete