Friday, April 17, 2020

#Throwback Zaman Sekolah X Segmen Pencarian Bloglist By Aisyhah Nyais!


Assalamualaikum w.b.t..Hai blogger..^^
Semoga anda semua sihat2 sahaja ya.

Semalam waktu scroll2 Ig nampak seorang  hamba Allah ni post gambar #throwback zaman sekolah dia. Tetiba teringat pula zaman sekolah. Aaah!! rindu gila zaman sekolah dulu, zaman Uni pun rindu sangat2. Siapa yang tidak rindu kann..mestilah rindu!!.

Actually, dari Form 1 sampailah Form 5 saya duduk asrama. Memang banyak sangatlah kenangan manis waktu duduk asrama dulu. Rindu kawan2 sekolah..^-^

Kenangan yang paling saya x boleh lupa, bila kena denda tidur dalam Masjid. Gara2 x pergi solat Subuh berjemaah. Kami, adalah dalam beberapa orang..saya salah seorang dari mereka.

 FYI, dulu time duduk asrama, Solat Subuh tu Wajib amik kehadiran. Saya Solat ja Subuh, cumanya solat dalam dorm bukan dekat Masjid.. huhu..

So,adalah seorang Ustaz tu denda kami, malam tu lepas Prep malam kami yang didenda, x boleh balik tidur dekat dorm. Kena tidur dalam Masjid ( Bahagian Muslimat). Kenapa?? Supaya, besoknya Solat Subuh kami dapat bangun untuk solat subuh berjemaah.

Begitulah ceritanya.. haha.^^
Memang saya xkan lupalah Ustaz tu..Itu salah satu cara beliau untuk mendidik
pelajar. Nak kami sedar betapa pentingnyaa Solat Berjemaah.

Yang ni Gambar time zaman Uni..
Time ni sajalah jalan2 dekat Giza , mengisi masa sementara menunggu untuk grad..

Okay,done ber #throwback. ^^

Untuk pengetahuan semua, Blogger Aisyhah Nyais ada buat Segmen " Pencarian Bloglist"..Di kesempatan ini, saya berbesar hati ingin join segmen ni. Dan saya ingin berterima kasih pada Blogger Miss Kepeng, sebab sudi tag saya. Thank you!!^^.

Siapa yang nak join, boleh klik Banner bawah ni ya.



Tag:





Saturday, April 4, 2020

Segmen Bloglist Blogbabyshambles




Assalamualaikum w.b.t..
Hari ni saya nak join 'Segmen Bloglist Blogbabyshambles'. Bagi yang masih baru dalam dunia berblog ni, mehlah join hehe^^.
Klik ja banner bawah ni ya..











Friday, April 3, 2020

Be Positive and Optimistic!


Assalamualaikum w.b.t..
Hai blogger!! ^-^, sihat ka semua?.
Hari ni sudah masuk hari ke-17  Perintah Kawalan Pergerakan [PKP].
 Semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan-Nya. Insha-Allah 'Pandemic' Covid19 ni akan berakhir dengan segera. [Be positive & optimis guys!]

Bila kita fikir dan renungkan semula, mesti ada hikmah disebalik covid19 ni. Allah S.W.T takkan bagi ujian saja-saja. Allah nak kita sedar, bahawa apa-apa yang jadi tu atas keizinannya.
Dan yakinlah kita mampu hadapinya.

Sebab Allah S.W.T ada sebut dalam Surah Al-Baqarah ayat 286..

Maksudnya:
"Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya."

So, kita semua kenalah Yakin dan Pasti bahawa kita mampu hadapi ujian ni. Di samping tu, kena banyakkan doa agar kita semua sentiasa berada dalam peliharan-Nya.

Di sini saya share antara doa yang kita boleh amalkan:








Bagi yang ada urusan , boleh amalkan doa -doa ni sebelum melangkah keluar dari rumah . Selain tu, bacalah juga ayat Kursi dan 3 kul..^-^
Jangan lupa pakai mask,Okayy.


Mari kita sama-sama permudahkan urusan kerajaan dalam menangani covid19 ni.
Bagi saudara2 kita yang telah dijangkiti,  moga mereka sentiasa cekal dan tabah dalam melawan virus ni. Kepada para #Hero kita [Covid19 Frontliner], semoga mereka juga diberi kekuatan, kecekalan dan sentiasa berada dalam Lindungan-Nya.
Selain tu, jangan lupa amalan mencuci tangan ya.^^

#Stay At Home, thats the only way we can slow down the spread.