Saturday, June 13, 2020

HappyEidMubarak[NewNormal]

Assalamualaikum w.b.t..Hai blogger.
Lama betul tidak update blog ni.. Rasanya masih sempat untuk saya mengucapkan 
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin!!

Banyak Perkara yang berlaku dalam bulan ni..
Syukur Alhamdulillah,  minggu  lalu dapat berkumpul bersama Famliy tercinta. Dan syukur ke hadrat Ilahi juga, kami semua adik-beradik dapat berkumpul bersama2 Ibu Bapa. Jarang-jarang sebenarnya dapat berkumpul begini, selalu mesti ada seorang dua yang tidak dapat bersama, atas urusan kerja dan sebagainya.

Dalam bulan Syawal yang mulia ni juga, Kami sekeluarga menerima 'ahli keluarga baru'. Alhamdulillah.. urusan adik Ikmal untuk menikah ( Time pkpb dulu)  dipermudahkan..

Welcome To Etuza Family, Nur Syafiza!!^^. 

Mereka selamat diijab kabulkan di Pejabat Agama Muis Ranau Sabah. Walaupun tiada walimatul urus, makan kenduri beramai-ramai..tapi syukurlaa yang Penting  yang Wajib itu diutamakan. 

Selain tu, Dalam bulan ni juga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah ditukar kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Berikutan jumlah  penularan kes tempatan yang semakin menurun..TAPI, jangan pula kita tidak berjaga2 tau. SOP kena ikut. Ketika berada diluar rumah..Pakai Mask dan bawa hand sanitizer.


Sekarang ni benda wajib buat kalau keluar rumah:

1) Pakai Mask.
2) Bawa Hand Sanitizer Spray.
(kalau tersentuh apa-apa boleh terus spray)


Akhir kalam, covid19 masih ada.. even PKPP sudah diperkenalkan..jangan suka2 dulu. Jaga pergerakan dan amalkan 3 W dan elakkan 3 C.
Amalkan Wash,Wear and Warn. Elakkan Crowded places, Confined spaces and Close conversation.

#LetsPracticeNewNormal
#KitaJagaKita
#BersamaKitaHapuskanRantaianCovid19.