Friday, March 6, 2020

Makan Malam Di Restoren Terapung Fazdla


Assalamualaikum W.B.T..

Alhamdulillah dapat jugakla update blog hari ni. Setelah hampir sebulan menyepi huhu. 
Beberapa minggu yang lalu saya dan adik-adik berkesempatan  untuk makan di Restoren Terapung Fadzla, yang terletak di  Jalan Rasa Ria ,Tuaran Sabah. Saja bertukar selera untuk makan 'Seafood' pada malam tu. 
Memang sedap dan harganya pun berpatutan. Selain makanan yang sedap, kamu juga boleh menikmati pemandangan 'Sunset' yang memang lawa. Dengan syarat kamu kenalah datang pada waktu Petang. ^-^
Untuk yang beragama Islam, Jangan risau..Restoren ni menyediakan Kemudahan Surau. So, memang tiada masalah untuk menunaikan Solat. ^-^

Restoren ni buka dari Jam 11 Am - 9 Pm.

Cantik View dia, dekat sini korang boleh tengok sunset. So beautiful!!

Antara menu yang kami order.
Kami order Ikan 3 rasa, Udang salted egg, dan Sup jagung ( x ingat nama, tapi dalam tu ada jagung). Ni antara menu yang memang customer selalu order.^^

Sangat Sedap dan memang recomended untuk kamu datang ke tempat ni. 






Sunday, February 2, 2020

BEEHA MENCARI BLOGLIST BARU



Assalamualaikum w.b.t..

Blogger Beeha Azman tengah cari Bloglist untuk tahun 2020..
Saya amat berbesar hati ingin join segmen ni, almaklumlah saya blogger baru ..hehe
Mau jugak tambah follower dan berkenal-kenalan dengan blogger lain.

Jom Join!!






Tag:






Saturday, February 1, 2020

Make Gratitude your Daily Attitude.


Assalamualaikum w.b.t..
Syukur alhamdulillah,masih diberi kesempatan untuk menulis. Macam sudah lama saya tidak update blog ni. Entry kali ni mungkin berbeza sikit dari sebelum ni. First of all, saya  bukanlah seorang ustazah, bukan juga seorang motivator tapi, as a human being and born as a muslim, ( I believe not only muslim, any religion sekalipun) perlu ada benda ni.

Do you ever feel, like you dont have enough?like..You  don't feel content for what you have?..

 Padahal kamu ada ja benda tu..tapi still rasa kurang. The simplest examplelah, Duit. Kamu ada ja duit, tapi masih rasa duit tu tidak cukup..
Haa, siapa pernah rasa benda ni?? tipulah kalau tidak pernah rasa kan, saya pernah merasai benda ni.

Dekat sinilah konsep 'Syukur' tu memainkan peranan penting.

Sebab bila kita bersyukur, kita akan rasa cukup. Even duit sikit, gaji tidak sampai 2k pun, tapi bila selalu bersyukur, keberkatan hidup tu akan sendiri kita rasa.

Dalam Quran Allah ada sebut:,
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

Maksud ayat:

 Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".
( Surah Ibrahim ayat 7)


If you are grateful, you are given more. Allah s.w.t promise that, and He never breaks them.

Gratitude! What is it?

A quick google search defines Gratitude as ‘the quality of being thankful, readiness to show appreciation for and to show kindness’.

Gratitude ataupun Berterima kasih/ bersyukur dalam Bahasa Melayu,adalah satu sikap yang sangat mulia.  Dalam konsep kehidupan kita , Kita mungkin selalu berterima kasih pada manusia..kan? kita buatkan orang yang tolong kita.. rasa dihargai.

 Tapi persoalannya.. adakah kita selalu berterima kasih pada Pencipta kita Yakni Allah s.w.t.? 

Kadang-kadang mungkin kita terlepas pandang akan nikmat yang Allah bagi, yang sepatutnya kita syukuri..tapi kita just take for granted!

Contoh yang paling mudah, iaitu nikmat bernafas. Nikmat bernyawa!.
Kita bangun pagi,adakah kita ada ucap sekurang-kurangnya ‘Alhamdulillah..’? adakah kita ada terfikir, ‘Ya Allah terima kasih bagi aku dapat bangun pagi, masih bernyawa..masih boleh bernafas dan bangun  dengan sendiri tanpa bantuan apa-apa alat’..adakah kita?..
Alhamdulillah jika ada, dan jika tiada..jom! kita start mulai saat ini, kita bangun pagi-pagi..kita ucap alhamdulillah..dan  doa:
‘اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ اَحْيَانَا بَعْدَمَآ اَمَاتَنَا وَاِلَيْهِ النُّشُوْرُ’
Maksudnya:
“Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah kami mati (membangunkan dari tidur) dan hanya kepada-Nya kami dikembalikan”.

Actually, there are many gifts Allah has given us.
For example, like the blessing of sight, a family, the ability to speak, to walk..and even the ability to eat.

Banyak sangat..Jadi  nikmat apa lagi yang kau dustakan?..


So, why not we make gratitude as a part of our daily attitude. Senang bukan?.
Cuba try, beli satu buku..then, namakan dia 'My Gratitude Dairy'.. dalam buku tu, tulislah apa-apa saja perkara yang kamu rasa
bersyukur. Anything. Listkan dalam buku tu..
Once bila sudah jadi habit, kita sendiri akan rasa best.

Sebenarnya benda ni ramai sudah orang cakap, tapi mau praktikkan tu yang susah.

Saya sendiri pun cuba untuk buat..dan praktikkan, hopefully akan berterusan sampai bila-bila. Allahumma amin..



Buku ni best. Sesuai untuk semua peringkat usia. Dan yang paling penting sesuai untuk mereka yang 'mencari' makanan untuk jiwa. ^^









Friday, January 3, 2020

New Year 2020: Jom Berjimba!! at Borneo Ant House [Part 1]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



Happy New year Y'all!! Alhamdulillah..sekarang ni sudah masuk tahun '2020'. Syukur dengan segala nikmat yang Allah berikan. Dan berharap agar tahun 2020 ni menjadikan kehidupan saya lebih baik dari tahun sebelumnya. Amin~

Okay, bercakap pasal new year ni, Y'all sambut new year di mana??

Alhamdulillah tahun ni sambutan new year saya relax dan santai sahaja. Tidak macam last year, agak stress sikit. Sebab kebetulan masa tu tengah attachment dengan pakar. >_<

Tahun ni pula, tiba-tiba mood 'berjimba' tu datang..jadi 'berjimbalah' kami for the whole day di  sekitar Daerah Tuaran, pada 1/1/2020..public holiday hari tu.

NB: Daerah Tuaran  merupakan salah satu daerah besar di Kota Kinabalu.
Okay, Let's gooo!!

Destinasi Pilihan mula-mula tu, hanyalah Borneo Ant House saja, tapiii ehh! lepas dari rumah semut tu , terrmenyinggah pulaa dekat Taman Buaya Tuaran. Alang-alang sudah singgah di Taman Buaya, kami pun singgahlah tengok Sunset di Pantai Shahbandar Tuaran. 

A) Borneo Ant House:

Apa yang menarik dekat Borneo Ant House ni?



Entrance Door Borneo Ant House. Sebelum tu kena beli tiket masuk dulu.
Tiket masuk  untuk orang dewasa adalah: Rm 18/pax.



1) Kamu akan rasa sendiri Pengalaman berada di bawah tanah.,Underground bersama ratusan ekor semut.


Galleri Semut yang terletak di bawah tanah.

Pameran arca semut ni agak menarik, sebab ianya terletak di bawah tanah. Kamu akan melihat sendiri ratusan ekor semut (arca semut) merayap di dinding Galleri. Semut-semut hitam yang besar ni, dalam istilah saintifik dipanggil 'Dinomyrmex gigas' ataupun 'The Giant Ant'. Semut raksasa ini merupakan salah sejenis semut terbesar di dunia.

Sumber info: Galleri Borneo Ant House.

Aiman: "Eee besar betul oo ni semut"
Azie: "Bah, hati-hati ketii~, nanti kena gigit ma".
2) Sabah dan Sarawak terkenal dengan Kepelbagaian Kaum, antaranya, Dusun, Bajau, Iban dan Bidayuh. Kalau kamu mau tau apa etnik yang ada di Sabah dan Sarawak. Marilah berkunjung ke sini.

Mini muzium yang ada di Borneo Ant House ni mempamerkan tradisi kebudayaan Masyarakat Sabah dan Sarawak. Sebagai contohnya Pakaian, lain Kaum, lain pakaian tradisi dia.


Kaum Iban ( Dayak Laut) dan Kaum Bidayuh ( Dayak Darat) merupakan dua kempulan etnik terbesar di Sarawak.



Manakala, Bajau Samah dan Dusun Lotud merupakan dua  kumpulan etnik terbesar di Sabah. 

Sumber Info: Mini Muzium Galleri Ant House.


3) Dapat mengetahui Peralatan Tradisional dan Kraftangan Masyarakat Sabah. 





Kamu akan lihat sendiri Pelbagai jenis Kraftangan Tradisional Sabah.

4)Berpeluang berkunjung ke 'Modern Tree House' dan Meniti Jambatan Gantung ( Canopy Walk)





Rumah Moden ni terletak di atas Pokok Ara. Memang keatif kan Y'all!!



Jambatan Gantung ni menghubungkan Pokok Gaharu dan Pokok Mangga. Pengalaman meniti atas jambatan Gantung ni memang best, rasa gayat tu memang ada sikitlaa, tapi bila kami berjalan atas jambatan gantung ni, dia tidak bergoyang pun. Maksudnya, memang kukuhlah binaan Jambatan gantung ni. Selain tu, dari atas kami dapat melihat kehijauan Alam semula jadi ciptaan Ilahi. Memang Lawa Y'alls!!.

NB: Pokok Gaharu dalam istilah saintifik  dikenali sabagai Aquilaria Malaccensis ataupun Sandal Wood. Dan mengambil masa selama  60 tahun untuk Tumbuh.

5)Kamu Dapat menambah ilmu pengetahuan tentang Jenis2 Species Serangga.



Antara info menarik yang saya dapat kongsikan adalah Charlie Ant. Mesti ramai yang kenal Semut Charlie yang merbahaya ni kan.


Semut Charlie ni merupakan semut bertoksin paling berbahaya di Dunia.
Cecair Hemolimf yang terdapat di dalam badan ( Kecuali sayap) semut ni mengandungi toksin.Toksin ni dikenali sebagai 'Pederin' C24 H43 O9 N. Ia mempunyai Tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. So, Hati-hati dengan semut ni ya guys.


 Pernah nampak x species kumbang macam ni?
Mesti pernah nampak kan, dulu masa kecik-kecik, selalu jumpa kumbang ni di rumah, almaklumlah rumah dekat dengan hutan.. Tapi zaman sekarang ni susah sudah mau jumpa kumbang macam ni kan.



Ada banyak lagi info menarik pasal serangga2 di Borneo Ant House ni, tapi itu sajalah yang dapat saya kongsikan.


6) Fun Fact: Borneo Ant House pernah menerima dua peniktirafan iaitu Anugerah Galeri Arca Semut bawah tanah Pertama di Malaysia dan Arca semut terbesar di Malaysia daripada Malaysia Book of Record (MBR) pada tahun 2018.



Okay guys, setakat ni itu sahaja yang saya dapat kongsikan untuk Part 1. Saya akan sambung di Jom Berjimba Part 2 pulak nanti. Happy Reading!!


Sunday, December 29, 2019

Kokol Haven Resort: Antara destinasi percutian terbaik untuk Keluarga.

Assalamualaikum,
Entry kali ini saya ingin kongsikan tentang salah satu tempat  menarik sebagai destinasi percutian yang terletak di Menggatal Sabah, iaitu 'Kokol Haven Resort'.


Kokol Haven Resort ni terletak di Bukit Kokol Menggatal Sabah. Dan mengambil masa lebih Kurang 50 minit untuk sampai ke resort dari Bandar Kota Kinabalu.

Pada Hujung minggu yang lepas, saya dan Family berkesempatan makan angin di Resort ini. 
Resort ni terletak di atas bukit, dan sepanjang perjalanan menuju ke tempat ni..Pemandangan dia Masyaallah..cantik sangat!!
Bukit Kokol ni semamangnya menyajikan pemandangan Flora yang sangat Cantik dan udaranya pun segar.



Kamu boleh memilih samada ingin menginap di resort ni ataupun hanya bersiar-siar di sekitar. Niat di hati kami cuma ingin bersiar-siar sahaja, jadi Entrarance fee  yang dikenakan bagi dewasa adalah Rm10/pax.
 Harga ni memang sangat berbaloi kerana selain dapat menikmati keindahan alam, kami juga dapat claim minuman ( ni memang service dorangla)  apa-apa sahaja jenis minuman samada hot  or cold drinks, dengan syarat minuman tersebut mestilah Rm10 atau Rm10 kebawah. 
Tiket masuk tu mesti simpan baik-baik ya, sebab dengan adanya tiket tu, kamu boleh claim minuman.







Puncak Gunung Kinabalu nampak sangat jelas masa ni. Memang lawa uollss!!
Tapi lupa pulak mau amik gambar yang jelas huhu.




 
Kota Kinabalu view From Kokol hill.

Love love giteww ^-^

Selain view yang lawa, di sekitar bukit kokol ni juga ada menyediakan aktiviti outdoor, seperti ATV, Paragliding dan Jungle tracking. So, bagi kamu yang minat aktiviti lasak, bolehlah berkunjung ke tempat ni.

Last sekali, lepas penat berjalan dan ambik gambar, kami singgah ke Cafe Haven Resort dan claim minuman.^^





Kek carrot dan Yam buat pemanis mulut.

Setakat itu saja coretan saya. Sampai ketemu di entry akan datang, Happy reading uolls!!^^

















Saturday, October 12, 2019

MHS 5KM FUN RUN.

Organised By Malaysian Hindu Sangam.


Assalamualaikum ^-^
Hari ni saya mahu share tentang pengalaman saya menyertai 'running event'. Mau dijadikan cerita, pada Ahad yang lepas, 6 Oktober 2019, saya dan adik telah  menyertai MHS 5KM FUN RUN yang bertempat di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu. 'Flag off' adalah pada pukul 6.15 pagi. So, kami kenalah sampai ke lokasi lebih awal. Dan, alhamdulillah kami sampai 5 minit awal.

Bila nampak ja orang ramai berkumpul dekat starting point, rasa mau 'run' tu berkobar-kobar. Cewahh. Biasalah tu, mula-mula.

So, we started running..I was very fast at the beginning.
Tapi selepas  1KM yang pertama, larian saya dah slow. Masa tu saya ingat lagi nafas turun naik. Jadi saya stopped kejap then sambung balik. Tapi kali ni saya hanya berjalan. Berjalan dan berjalan lagi sampailah pada KM yang ke 3 kalau tak silap, barulah saya ada tenaga untuk berlari.



Saya tiba dulu ke garisan penamat dari adik saya. Alhamdulillah dapat juga habiskan 5km
 (Running and walking interchangeably). Dalam masa 1 jam lebih haha.

Sebenarnya ini bukan petama kali saya participate dalam running event, sebelum ni pernah menyertai Seri Mengasih 10KM Run. Beberapa bulan yang lalu.  Biasalah bila lama tak exercise, jadilah macam ni..semput.^^

Program 'run' ni sangat best. Disamping dapat keluarkan peluh, kita juga dapat beramal. Banyak ja 'Charity Run' dekat luar sana yang kita boleh join. Paling senang korang install ja 'JomRun' apps dekat Google Play store.


Finisher Medal.








Nuffnang Ads