Make Gratitude your Daily Attitude.


Assalamualaikum w.b.t..
Syukur alhamdulillah,masih diberi kesempatan untuk menulis. Macam sudah lama saya tidak update blog ni. Entry kali ni mungkin berbeza sikit dari sebelum ni. First of all, saya  bukanlah seorang ustazah, bukan juga seorang motivator tapi, as a human being and born as a muslim, ( I believe not only muslim, any religion sekalipun) perlu ada benda ni.

Do you ever feel, like you dont have enough?like..You  don't feel content for what you have?..

 Padahal kamu ada ja benda tu..tapi still rasa kurang. The simplest examplelah, Duit. Kamu ada ja duit, tapi masih rasa duit tu tidak cukup..
Haa, siapa pernah rasa benda ni?? tipulah kalau tidak pernah rasa kan, saya pernah merasai benda ni.

Dekat sinilah konsep 'Syukur' tu memainkan peranan penting.

Sebab bila kita bersyukur, kita akan rasa cukup. Even duit sikit, gaji tidak sampai 2k pun, tapi bila selalu bersyukur, keberkatan hidup tu akan sendiri kita rasa.

Dalam Quran Allah ada sebut:,
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

Maksud ayat:

 Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".
( Surah Ibrahim ayat 7)


If you are grateful, you are given more. Allah s.w.t promise that, and He never breaks them.

Gratitude! What is it?

A quick google search defines Gratitude as ‘the quality of being thankful, readiness to show appreciation for and to show kindness’.

Gratitude ataupun Berterima kasih/ bersyukur dalam Bahasa Melayu,adalah satu sikap yang sangat mulia.  Dalam konsep kehidupan kita , Kita mungkin selalu berterima kasih pada manusia..kan? kita buatkan orang yang tolong kita.. rasa dihargai.

 Tapi persoalannya.. adakah kita selalu berterima kasih pada Pencipta kita Yakni Allah s.w.t.? 

Kadang-kadang mungkin kita terlepas pandang akan nikmat yang Allah bagi, yang sepatutnya kita syukuri..tapi kita just take for granted!

Contoh yang paling mudah, iaitu nikmat bernafas. Nikmat bernyawa!.
Kita bangun pagi,adakah kita ada ucap sekurang-kurangnya ‘Alhamdulillah..’? adakah kita ada terfikir, ‘Ya Allah terima kasih bagi aku dapat bangun pagi, masih bernyawa..masih boleh bernafas dan bangun  dengan sendiri tanpa bantuan apa-apa alat’..adakah kita?..
Alhamdulillah jika ada, dan jika tiada..jom! kita start mulai saat ini, kita bangun pagi-pagi..kita ucap alhamdulillah..dan  doa:
‘اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ اَحْيَانَا بَعْدَمَآ اَمَاتَنَا وَاِلَيْهِ النُّشُوْرُ’
Maksudnya:
“Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah kami mati (membangunkan dari tidur) dan hanya kepada-Nya kami dikembalikan”.

Actually, there are many gifts Allah has given us.
For example, like the blessing of sight, a family, the ability to speak, to walk..and even the ability to eat.

Banyak sangat..Jadi  nikmat apa lagi yang kau dustakan?..


So, why not we make gratitude as a part of our daily attitude. Senang bukan?.
Cuba try, beli satu buku..then, namakan dia 'My Gratitude Dairy'.. dalam buku tu, tulislah apa-apa saja perkara yang kamu rasa
bersyukur. Anything. Listkan dalam buku tu..
Once bila sudah jadi habit, kita sendiri akan rasa best.

Sebenarnya benda ni ramai sudah orang cakap, tapi mau praktikkan tu yang susah.

Saya sendiri pun cuba untuk buat..dan praktikkan, hopefully akan berterusan sampai bila-bila. Allahumma amin..



Buku ni best. Sesuai untuk semua peringkat usia. Dan yang paling penting sesuai untuk mereka yang 'mencari' makanan untuk jiwa. ^^









Comments

  1. Rasa terkena pada diri sendiri..sebb lupa nikmat Allah bagi..tapi sibuk minta yang takde.Moga Allah mengmpunkan dosa kita dan melimpahi nikmatNya kepada kita.Amin... :)

    ReplyDelete
  2. Saya boleh dikatakan sembuh dari depress sejak belajar bersyukur sekecil-kecil nikmat Allah. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  3. Buku ni memang best! Thank you dear for the reminders <3

    The Hundred Pages | Eyqa Zq

    ReplyDelete
  4. yang saya pernah dengar ceramah pula.. cuba kita buat 2 column.. satu column for rezeki, nikmat yang kita dapat.. on the other column, list kan pula for bad things yang kita dapat dlm hidup ni. then compare... which one yang lebih banyak. so that it makes us more grateful hehehhee.

    tapi idea awak suggest atas tu baguih juga. very good idea! nak try lah nanti muehehehe inshaaAllah~

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba tips ni,, baru nampak kalau compare dua2 kan..thank you sayidah for the tips juga hehe

      Delete
  5. terima kasih untuk peringatan.^^ selalu kita akan terkurang bila libatkan duit. anything duit. tapi kita lupa, kita dikurniakan rezeki sihat tubuh badan, tanpa kita rasa bersyukur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 shuhaida.. ^^ betul tu..Alhamdulillah utk segalanya ^^

      Delete
  6. Thanks dear... ingatkan saya untuk bersyukur. Ya kadang-kadang termegeluh kenapalah tak cukup ini, tak ada itu ini... betapa tak bersyukurnya diri ini... semoga kita sentiasa ingat mengingatkan untuk sentiasa bersyukur.

    ReplyDelete
  7. Good sharing...peringatan yang baik bila kita sendiri terkadang seakan terlupa.

    salam kenal dari www.iamfuzy.com

    ReplyDelete
  8. Kita begitulah, manusia yang lupa.Ada saja yang tak cukup dan tak puas hati. Tak tahu nak bersyukur.

    Allah 😩😭. Moga semua jadi manusia yang sentiasa bersyukur. Allah pasti dan janji akan tambah nikmatNya 🥰

    Banyak sangat benda yang boleh kita syukuri. Boleh makan. Boleh berjalan. Boleh melihat. Mcm² kan. Terlalu banyak nikmat yang Allah bagi.

    Dalam group Shaklee Ruby, panggil GJ.
    Gratitude Journal. Tulis dalam buku juga, Haziqah.

    Terima kasih berkongsi.

    Terus sebar manfaat untuk orang lain dengan bakat menulis yang ada tu 💗

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Makan Malam Di Restoren Terapung Fazdla

Kokol Haven Resort: Antara destinasi percutian terbaik untuk Keluarga.