MHS 5KM FUN RUN.

Organised By Malaysian Hindu Sangam.


Assalamualaikum ^-^
Hari ni saya mahu share tentang pengalaman saya menyertai 'running event'. Mau dijadikan cerita, pada Ahad yang lepas, 6 Oktober 2019, saya dan adik telah  menyertai MHS 5KM FUN RUN yang bertempat di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu. 'Flag off' adalah pada pukul 6.15 pagi. So, kami kenalah sampai ke lokasi lebih awal. Dan, alhamdulillah kami sampai 5 minit awal.

Bila nampak ja orang ramai berkumpul dekat starting point, rasa mau 'run' tu berkobar-kobar. Cewahh. Biasalah tu, mula-mula.

So, we started running..I was very fast at the beginning.
Tapi selepas  1KM yang pertama, larian saya dah slow. Masa tu saya ingat lagi nafas turun naik. Jadi saya stopped kejap then sambung balik. Tapi kali ni saya hanya berjalan. Berjalan dan berjalan lagi sampailah pada KM yang ke 3 kalau tak silap, barulah saya ada tenaga untuk berlari.



Saya tiba dulu ke garisan penamat dari adik saya. Alhamdulillah dapat juga habiskan 5km
 (Running and walking interchangeably). Dalam masa 1 jam lebih haha.

Sebenarnya ini bukan petama kali saya participate dalam running event, sebelum ni pernah menyertai Seri Mengasih 10KM Run. Beberapa bulan yang lalu.  Biasalah bila lama tak exercise, jadilah macam ni..semput.^^

Program 'run' ni sangat best. Disamping dapat keluarkan peluh, kita juga dapat beramal. Banyak ja 'Charity Run' dekat luar sana yang kita boleh join. Paling senang korang install ja 'JomRun' apps dekat Google Play store.


Finisher Medal.








Comments

  1. Nda pernah lagi ikut fun run... nampak macam menarik, tapi masa nda mengizinkan.. jom be friend..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kokol Haven Resort: Antara destinasi percutian terbaik untuk Keluarga.

Makan Malam Di Restoren Terapung Fazdla

Make Gratitude your Daily Attitude.